Posted in Aishah on 08/24/2010 09:29 am by admin ANK
Akhirnya, impian Aishah untuk merakamkan album doa dan zikir berlagu tercapai apabila album terbaru sudah keluar di pasaran. Dapatkan album terkini Aishah berjudul Anak yang menghimpunkan Nasyid, Selawat, Doa dan Zikir Berlagu.. Album yang amat sesuai untuk hiburan seisi keluarga sempena Ramadhan ini.. Edaran eksklusif Nasyeed.Com dan Sony Music.
Posted in Mestica on 07/30/2010 10:34 am by admin ANK
Dalam sibuk-sibuk jelajah Bintang Nasyid Mu’min 2010 dan urusan kerja, sempat juga abang Khairul kita ni melepak.. baru ini ANK ternampak abang Khairul khusyuk betul di hadapan komputer. Ingatkan buat apa.. rupanyaa… Read the rest of this entry »
Posted in In-Heart on 07/29/2010 05:31 pm by admin ANK
ANK pernah juga bercakap-cakap dengan adik-adik In-Heart, pastinya mereka ini peramah dan mudah mesra.. hormat orang tua lah katakan. Tup tup dengar mereka rakam album.
Posted in General, Rabbani on 07/08/2010 04:15 pm by admin ANK
TERIMA KASIH kepada yang memberi komen dan feedback yang baik. Kami juga alu-alukan pendapat dan cadangan untuk memantapkan lagi webblog ini. Maaf atas kelewatan membawa cerita namun jangan pula u olls ingat kami dah takde cerita. Banyak sebenarnya cerita artis-artis nasyid negara kita ni. Dan tidak ketinggalan artis nasyid luar negara yang datang ke negara kita.
Ok, ANK tahu ANK ada berhutang dengan kalian mengenai cerita abang Jamal kita. Sebenar abang Jamal dilamar Rabbani Production untuk menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2010 pada Februari lalu.. MasyaAllah lamanya kan.. apapun tahniah ANK ucapkan kepada semua artis yang menjayakannya.. Dato’ Sharifah Aini di antaranya.
Posted in General on 12/30/2009 08:55 pm by admin ANK
EH?? Apa kaitan cerita ANK dengan gambar di atas.. ANK dapat berita panas mengenai raja pop negara ni.. dengar-dengar awal tahun depan TM dan Rabbani Production akan menggemparkan kita semua dengan kemunculan mereka bersama barisan artis hebat.. wah! kemunculan yang bagaimana plak tu kan?
Ceritanya begini.. ANK dapat tahu, Jamal Abdillah akan bersama-sama Rabbani dan lain-lain artis yang belum dapat dipastikan siapa untuk sama-sama menjayakan konsert besar tersebut.
Apa yang menarik, Malam Sinar Maulidurrasul kali ini dikatakan akan dibuat di negeri pantai timur. Memang mantops! Adakah artis2 seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy dan Mawi akan dikekalkan.. haaa.. kita tungguuu..
ANK harap konsert tahunan ini akan lebih menarik dan terisi. Mungkin nama besar seperti abg Jamal kita ni akan menggegarkan stadium nanti.. tapi.. adakah kali ini akan di buat di stadium juga.. hmmm..
Posted in Mestica on 12/15/2009 04:45 pm by admin ANK
Tahniah kepada Kumpulan Mestica kerana dilamar syarikat Al-Meswak Mu’min iaitu syarikat ubat gigi Mu’min atas perlantikan sebagai Duta Bintang Nasyid Mu’min baru-baru ini. Wah, dengar2 mereka mendapat bayaran ‘mahal’ atas perlantikan tersebut.. ANK solute dengan Syarikat ubat gigi Mu’min kerana tidak membezakan antara artis nasyid dan juga artis bukan nasyid.. bayaran setimpal diberikan kepada yang layak. Read the rest of this entry »
Posted in Algebra on 12/14/2009 03:30 pm by admin ANK
Kumpulan Algebra dikhabarkan tersenarai utk ke peringkat akhir pencalonan Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular. Namun begitu kami masih samar2 dengan berita ini, kerana ANK hanya menerima sms dr ketua kumpulan Algebra. Berita dan cerita penuh masih belum diterima. Nnti ANK akan cuba korek2 lagi ye.. Apapun tahniah kepada Algebra.. Pesanan King Algebra kepada peminat.. “Undilah kami utk tercalon di ABP..” Wah kalau tercalon, merasalah Algebra merasai red carpet di Arena Of Stars nnti..
Posted in Akhil Hayy on 11/25/2009 11:26 am by admin ANK
Ini gambar yang diambil semasa sidang akbar seorang artis nasyid terkenal dari seberang.. dah tentulah wanita berpurdah itu isteri Ustaz Akhil Hayy sendiri.. jangan suspen.. wanita itu adalah Puan Waheeda penyanyi terkenal tu lah.. bersama anak2 di majlis tersebut. ANK cuma nak berkongsi berita terbaru mengenai penyanyi terkenal kesayangan ramai.. itu aje..
Posted in Mirwana on 09/14/2009 11:30 am by admin ANK
Antara lagu yang menjadi pilihan ANK.. lagu nasyid ni klu di dengar betul2 dan dihayati liriknya.. kita pasti jatuh cinta. Dengarkan.. Jauh dari Mirwana.. sorilaa.. videoclip tidak banyak membantu.
Posted in General on 09/03/2009 01:26 pm by admin ANK
Dapatkan album terbaru Seri Aidilfitri di pasaran sekarang. Album baru ini menampilkan 8 lagu kompilasi raya/ramadhan termasuk 1 lagu baru berjudul Seri Aidifitri. Jika berminat mendapatkannya boleh terus menghubungi syarikat penerbitannya iaitu Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. pd talian 03-5512 1352. Antara artis terlibat seperti Rabbani, Mestica, Wildan, Sofieya, Algebra, Muadz dan Itqan.
Jom dengar lagu rakaman terakhir Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)!