Sofieyya ke Golok?

Posted By admin ANK
Categoirzed Under: Sofieyya
Comment (1)

31Sebulan lepas ANK ada mendengar cerita tentang kumpulan nasyid wanita Sofieya yang bakal ke Golok. Terkezut juga mendengar berita tersebut. Justeru itu, petang tadi ANK menghubungi sendiri ahli kumpulan Sofieya iaitu Ain Jeni bagi mengesahkan perkara ini. Kelakar juga bunyinya tapi itulah kebenarannya. Ain yang kedengaran tidak sihat menjelaskan yang mereka akan ke Sungai Kolok, Selatan Thailand untuk membuat persembahan nasyid.. begitulah ceritanya.

Al kisah sekarang mereka sedang sibuk menguruskan urusan passport dan membuat sedikit kompilasi lagu-lagu nyanyian mereka sebagai buah tangan kepada peminat-peminat di sana. Kumpulan Sofieyya adalah antara artis nasyid wanita yang sedang berusaha keras untuk menapak dalam industri nasyid selepas tersenarai di antara peserta Akademi Nasyid TV9. Kemesraan mereka membuatkan kami senang dengan mereka. Hurm, dengar kata kumpulan Sofieyya sudah melamar seseorang untuk menjadi pengurus mereka. Apapun, kami tetap mendoakan Sofieyya berjaya dan tak lupa diri selepas terkenal nanti. Marilah sama-sama kita berdoa agar mereka sihat sejahtera di sana memandangkan suasana di sana agak merisaukan selepas peristiwa pengeboman di kawasan tersebut.

111Koleksi gambar dari laman web Nasyeed.com


One Response to “Sofieyya ke Golok?”

  1. sisna Says:

    golok pon goloklah……janji ‘oversea’

Leave a Reply