Aiman Tak Kesah

Posted By admin ANK
Categoirzed Under: Aiman AN
Comments (2)

mppb_11217

Mendengar usikan Faizal Ismail menggunakan jolokan Aiman tak kesah kepada finalis Anugerah Juara Lagu, Aiman semalam membuatkan Stadium Putra Bukit Jalil gamat seketika.

Aiman berjaya menempatkan namanya sebaris dengan artis-artis hebat Malaysia seperti Faizal Tahir, Meet Uncle Hussien, Estranged, Zahid dan lain-lain.Walaupun persembahan Aiman semalam mempunyai pendapat berbeza dari peminat namun bagi ANK persembahan Aiman semalam patut dipuji. Usaha untuk menyama taraf persembahannya dengan artis lain boleh diberi pujian.

Namun dari pandangan lain, kelainan yang dibawa Aiman semalam tak ubah seperti persembahan yang pernah dibawa oleh Nuraniza Idris suatu ketika dulu. Malah penyertaan penari-penari yang agak keterlaluan tariannya tidak begitu sesuai dengan imej yang di bawa Aiman.

Apapun, kehangatan Malam Kemuncak AJL semalam masih lagi terasa. ANK ingin mengucapkan sekalung tahniah pada tenaga krew kerana berjaya menggegarkan stadium semalam. Sungguh mengkagumkan.

Tahniah juga pada Meet Uncle Hussien yang menjadi JUARA antara juara pada malam tadi. Mmg impak kehebatan MUH tidak dapat disangkal.

1_617865566l

2 Responses to “Aiman Tak Kesah”

  1. sisna Says:

    aiman ok, dr segi penampilan, vokal, gaya persembahan
    tp tu la naseb tk menyebelahi aiman, setidak2 nya anugerah
    persembahan terbaik tk pon etnik kreatif, mgkin blum ada
    rezki lg, anyway aiman jgn lah berputus asa….dh dpt masuk
    ajl ni pon dh kira menang dah….apa2 pon ‘sisna tk kisah’,
    semoga aiman akan berjaya dgn lebih cemerlang, aiman…….
    nk pinjam keta sport bleh tak???…. keh..keh..keh..

  2. ain_nia-TERENGGANU Says:

    SAYA sokong abg aiman sebab menjadi idola saya dan suara dia best,yg paling saya suka dia artis yg lahir dari terengganu di negeri saya.salam

Leave a Reply