Cuti Tahun Baru Cina lalu ANK turut merasai bahangnya. Dalam pada sibuk berkunjung ke rumah keluarga sempat juga mengikuti perkembangan dunia hiburan semasa. Selak punya selak ANK terperasan ada satu artikel menulis tentang berserban di kalangan artis masa kini. Dalam akhbar tersebut ada menyentuh soal serban yang dipakai oleh artis adakalanya tidak bertepatan dengan apa yang dituntut. Kebanyakkan artis masa kini menjadikannya trend bukannya sunnah. Bagi ANK tulisan dalam artikel itu lebih memberi fokus kepada artis bukan nasyid yang menjadikan pemakaian serban di leher sebagai trend. Namun begitu tempiasnya sedikit sebanyak terkena pada artis-artis nasyid kita yang berserban. Bukan apa takut disalah anggap. Pada perkiraan ANK, pemakaian serban tidak perlu dijadikan isu kerana ianya adalah sunnah dan jika sesebuah kumpulan nasyid itu memutuskan untuk menonjolkan imej begitu maka kita sebagai peminat terima sajalah ianya sebgi satu lagi cabaran dalam dunia dakwah dan mungkin juga satu revolusi dalam dunia hiburan.



February 4th, 2009 at 11:42 PM
Algeba kena komen pasal tak hormat serban ni… Sila lawati algebra.nasyeed.my dan buka komen di artikel Algeba @ KOSMO! untuk membaca komen2 mereka.