Jamal Berdakwah?

Posted By admin ANK
Categorized Under: General
Comments (0)

PB220121

EH?? Apa kaitan cerita ANK dengan gambar di atas.. ANK dapat berita panas mengenai raja pop negara ni.. dengar-dengar awal tahun depan TM dan Rabbani Production akan menggemparkan kita semua dengan kemunculan mereka bersama barisan artis hebat.. wah! kemunculan yang bagaimana plak tu kan?

Ceritanya begini.. ANK dapat tahu, Jamal Abdillah akan bersama-sama Rabbani dan lain-lain artis yang belum dapat dipastikan siapa untuk sama-sama menjayakan konsert besar tersebut.

Apa yang menarik, Malam Sinar Maulidurrasul kali ini dikatakan akan dibuat di negeri pantai timur. Memang mantops! Adakah artis2 seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy dan Mawi akan dikekalkan.. haaa.. kita tungguuu..

ANK harap konsert tahunan ini akan lebih menarik dan terisi. Mungkin nama besar seperti abg Jamal kita ni akan menggegarkan stadium nanti.. tapi.. adakah kali ini akan di buat di stadium juga.. hmmm..

Mestica: Duta Bintang Nasyid Mu’min

Posted By admin ANK
Categorized Under: Mestica
Comments (0)

67

Tahniah kepada Kumpulan Mestica kerana dilamar syarikat Al-Meswak Mu’min iaitu syarikat ubat gigi Mu’min atas perlantikan sebagai Duta Bintang Nasyid Mu’min baru-baru ini. Wah, dengar2 mereka mendapat bayaran ‘mahal’ atas perlantikan tersebut.. ANK solute dengan Syarikat ubat gigi Mu’min kerana tidak membezakan antara artis nasyid dan juga artis bukan nasyid.. bayaran setimpal diberikan kepada yang layak. Read more…

Tercalon di Anugerah Bintang Popular

Posted By admin ANK
Categorized Under: Algebra
Comments (2)

Kumpulan Algebra dikhabarkan tersenarai utk ke peringkat akhir pencalonan Artis Nasyid Popular untuk Anugerah Bintang Popular. Namun begitu kami masih samar2 dengan berita ini, kerana ANK hanya menerima sms dr ketua kumpulan Algebra. Berita dan cerita penuh masih belum diterima. Nnti ANK akan cuba korek2 lagi ye.. Apapun tahniah kepada Algebra.. Pesanan King Algebra kepada peminat.. “Undilah kami utk tercalon di ABP..” Wah kalau tercalon, merasalah Algebra merasai red carpet di Arena Of Stars nnti..

algebra