Konsert Mahabbah Al-Gaza 10 Julai ini!
TERIMA KASIH kepada yang memberi komen dan feedback yang baik. Kami juga alu-alukan pendapat dan cadangan untuk memantapkan lagi webblog ini. Maaf atas kelewatan membawa cerita namun jangan pula u olls ingat kami dah takde cerita. Banyak sebenarnya cerita artis-artis nasyid negara kita ni. Dan tidak ketinggalan artis nasyid luar negara yang datang ke negara kita.
Ok, ANK tahu ANK ada berhutang dengan kalian mengenai cerita abang Jamal kita. Sebenar abang Jamal dilamar Rabbani Production untuk menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2010 pada Februari lalu.. MasyaAllah lamanya kan.. apapun tahniah ANK ucapkan kepada semua artis yang menjayakannya.. Dato’ Sharifah Aini di antaranya.
Sebut pada Rabbani, ANK nak juga mengajak peminat-peminat Rabbani, InTeam, Now See Heart, Saujana, Raihan dan Ummul Qura untuk menyaksikan mereka di pentas Stadium Malawati pada 10 Julai nanti jam 8.30 malam.
Siapa kata artis nasyeed dah senyap. Jom saksikan artis nasyeed kegemaran u olls di konsert tu nanti. MASUK ADALAH PERCUMA!

