Itqan Terbit Album Baru

Posted By admin ANK
Categorized Under: Itqan
Comments (0)

Al kisah kami terima review album grup nasyid Itqan. Kiranya ini adalah album kedualah dari mereka. Wah hebat juga ya.. tup tup dah keluar album kedua lagi. Tahniah dari kami. Jom tengok review album Itqan berjudul Rindu..

Tajuk:Rindu
Artis:ITQAN
Terbitan:Kelab Nasyid Itqan
Edaran:Sony Music Entertainment
Edaran Bersama:Nasyeed.Com

Setelah kemunculan album pertama pada tahun 2008 berjudul Kasih, Itqan kini tampil dengan album kedua mereka berjudul Rindu. Dengan dibarisi sebahagian ahli baru yang menggantikan ahli-ahlinya yang menyambung pelajaran ke luar negara, album kali ini dilihat lebih matang dan bertenaga. Mereka turut berduet dengan Rabbani melalui lagu Zikir Rindu manakala lagu Rindu Akhirat pula turut menampilkan penyanyi asal lagu tersebut iaitu kumpulan Al Anwar. Antara lagu yang turut dijangka hits ialah lagu Senandung Kesyukuran, Kasihmu Ibu dan Bisikan Rindu Buatmu Guru. Album ini turut mendapat sentuhan tenaga produksi professional seperti Dakmie, Amin Nordin, Along Exist, Fauzi Marzuki, Mohar, Ramli Rebana dan ramai lagi.

Artis Nasyid Mungkir Janji?

Posted By admin ANK
Categorized Under: General
Comments (0)

Hurm.. lama betul kami menyepi, bukan tak ada berita.. tapi sebab terlalu sibuk dengar urusan harian. Tajuk di atas mesti buat u semua rasa seram sejukkan?? Huhu.. Sebenarnya ANK bukan nak buat cerita, ini hanyalah sekadar berkongsi cerita sb ANK tahu ramai juga artis nasyid yang baca di sini. Jadi boleh jadi peringatan pada semua.

Ceritanya begini, baru-baru ini ada penganjur dok bercerita pada ANK yang seorang artis nasyid ni tiba-tiba boleh batalkan penyertaannya dalam satu program. Sebetulnya program ini adalah program bersiri, jadi artis ni kiranya dah komit untuk semua siri (tak semua juga). Dijadikan cerita siri terakhir ni siri yang paling besarlah.. dia boleh pulak tarik diri atas sebab-sebab yang ANK tak dapatlah nak cakap.

ANK bukan apa, ralat sedikit sb artis nasyid kita dikatakan tidak tepati janji. Sepatutnya dalam deal mereka artis tersebut perlu habiskan kesemua siri hingga siri terakhir. So penganjur td terpaksalah cari pengacara lain untuk menggantikan tempat si artis nih.. masa pun dah suntuk.

Haiii.. susah betullah mcm nih.. harap kisah ANK ini dapat beri pengajaran kepada semua artis nasyid. Janganlah imej nasyid tiba-tiba tercalar sbkan hal-hal disiplin begini.  Artis nasyid ni lain dari artis bukan nasyid. Perlu jaga serba serbi.

:)