Waheeda Terbaru

Waheeda kini

Baru-baru ini kami ada melihat-lihat gambar-gambar artis nasyid kita di facebook. Kiranya mencari bahan untuk update cerita di ANK la kan. Gembira juga hati kami kerana masih ada yang bertanyakan tentang ANK. Mahu berita dan cerita lagi katanya. Terima kasih sekali lagi walaupun yang bertanya tu hanyalah dari kalangan kawan-kawan kami.. huhu.

Begini, sambil-sambil saya membelek gambar-gambar di facebook Ustaz Akhil Hayy, kami terjumpa banyak gambar-gambar isterinya iaitu penyanyi Waheeda. Ya lah, adik beradik, saudara mara kami selalu juga tanyakan tentang perkembangan terbaru artis sensasi ini. Apa cerita Waheeda sekarang? Jadi nak memuaskan hati adik beradik dan saudara mara kami, kami carilah seberapa banyak gambar terbaru penyanyi Waheeda.

Selain dari itu, yang kami tahu.. Waheeda sekarang juga sedang giat menjalankan perniagaan menjual Abaya. Ya lah, bila dipakai abaya tu tentulah ramai yang tanya beli di mana. Jadi baik jadi tokey menjual abaya.. dapat juga faedahnya. Saham di dunia dan akhirat hendaknya. Untuk yang berminat boleh layari http://arum-abaya.blogspot.com/ untuk membeli abaya dari Waheeda.

Jadi jom kita layan gambar-gambar di bawah untuk mengubat rindu anda kepada Wawa.. :)

Waheeda bersama suami dan anak-anak

Waheeda terkini

Jeles ke? Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect with Facebook

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>