Hurm.. lama betul kami menyepi, bukan tak ada berita.. tapi sebab terlalu sibuk dengar urusan harian. Tajuk di atas mesti buat u semua rasa seram sejukkan?? Huhu.. Sebenarnya ANK bukan nak buat cerita, ini hanyalah sekadar berkongsi cerita sb ANK tahu ramai juga artis nasyid yang baca di sini. Jadi boleh jadi peringatan pada semua.
Ceritanya begini, baru-baru ini ada penganjur dok bercerita pada ANK yang seorang artis nasyid ni tiba-tiba boleh batalkan penyertaannya dalam satu program. Sebetulnya program ini adalah program bersiri, jadi artis ni kiranya dah komit untuk semua siri (tak semua juga). Dijadikan cerita siri terakhir ni siri yang paling besarlah.. dia boleh pulak tarik diri atas sebab-sebab yang ANK tak dapatlah nak cakap.
ANK bukan apa, ralat sedikit sb artis nasyid kita dikatakan tidak tepati janji. Sepatutnya dalam deal mereka artis tersebut perlu habiskan kesemua siri hingga siri terakhir. So penganjur td terpaksalah cari pengacara lain untuk menggantikan tempat si artis nih.. masa pun dah suntuk.
Haiii.. susah betullah mcm nih.. harap kisah ANK ini dapat beri pengajaran kepada semua artis nasyid. Janganlah imej nasyid tiba-tiba tercalar sbkan hal-hal disiplin begini. Artis nasyid ni lain dari artis bukan nasyid. Perlu jaga serba serbi.
Pagi 2 hari lepas, ANK dapat berita ni melalui inbox fb.. mesejnya berbunyi begini..
“Bekas pelakon Hj Azmil Mustapha kena serangan jantung dan mild stroke di Syria memerlukan kos pembedahan sebanyak Rm25,000.00. Sahabat sesama Islam marilah kita bantu di : Mohd Azmil Mustapha Kamil Bank AlRajhi caw sec 9 Shah Alam, No.akaun 123007101567782. Untuk keterangan lanjut hubungi Raja Mazian di talian 012 :3071124 atau En.Azman 012-4740500. Dan doakan beliau!”
TERIMA KASIH kepada yang memberi komen dan feedback yang baik. Kami juga alu-alukan pendapat dan cadangan untuk memantapkan lagi webblog ini. Maaf atas kelewatan membawa cerita namun jangan pula u olls ingat kami dah takde cerita. Banyak sebenarnya cerita artis-artis nasyid negara kita ni. Dan tidak ketinggalan artis nasyid luar negara yang datang ke negara kita.
Ok, ANK tahu ANK ada berhutang dengan kalian mengenai cerita abang Jamal kita. Sebenar abang Jamal dilamar Rabbani Production untuk menjayakan Konsert Malam Sinar Maulidurrasul 2010 pada Februari lalu.. MasyaAllah lamanya kan.. apapun tahniah ANK ucapkan kepada semua artis yang menjayakannya.. Dato’ Sharifah Aini di antaranya.

EH?? Apa kaitan cerita ANK dengan gambar di atas.. ANK dapat berita panas mengenai raja pop negara ni.. dengar-dengar awal tahun depan TM dan Rabbani Production akan menggemparkan kita semua dengan kemunculan mereka bersama barisan artis hebat.. wah! kemunculan yang bagaimana plak tu kan?
Ceritanya begini.. ANK dapat tahu, Jamal Abdillah akan bersama-sama Rabbani dan lain-lain artis yang belum dapat dipastikan siapa untuk sama-sama menjayakan konsert besar tersebut.
Apa yang menarik, Malam Sinar Maulidurrasul kali ini dikatakan akan dibuat di negeri pantai timur. Memang mantops! Adakah artis2 seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy dan Mawi akan dikekalkan.. haaa.. kita tungguuu..
ANK harap konsert tahunan ini akan lebih menarik dan terisi. Mungkin nama besar seperti abg Jamal kita ni akan menggegarkan stadium nanti.. tapi.. adakah kali ini akan di buat di stadium juga.. hmmm..
Dapatkan album terbaru Seri Aidilfitri di pasaran sekarang. Album baru ini menampilkan 8 lagu kompilasi raya/ramadhan termasuk 1 lagu baru berjudul Seri Aidifitri. Jika berminat mendapatkannya boleh terus menghubungi syarikat penerbitannya iaitu Nasyeed Edutainment Publishing Sdn. Bhd. pd talian 03-5512 1352. Antara artis terlibat seperti Rabbani, Mestica, Wildan, Sofieya, Algebra, Muadz dan Itqan.
Jom dengar lagu rakaman terakhir Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)!

Salam kpd semua pembaca ANK.. lamakan kita tak bersua bicara.. sori for our absent. InsyaAllah, ANK akan kembali memberi banyak cerita2 menarik mengenai artis nasyid kita selepas ini. Kepergian Allahyarham Ust Asri Ibrahim iaitu pejuang ulung irama nasyid mengejutkan banyak pihak termasuk ANK sendiri. Waktu ANK dpt berita pemergian Allahyarham ANK rasa tak pecaya. Ramai rakan artis yang ada bersama ANK katakan yg sama. Tak pecaya sehinggalah sampai ke Pantai Medical Centre, barulah segala2 terjawab.
Cloak.. mungkin satu perkataan baru pada sesetengah pihak, namun hari ini tetiba ANK terasa mau kongsikan sedikit pengetahuan dengan pembaca sume. Cloak ni fesyen zaman pertengahan di Eropah dulu. Seumpama guni yang diletakkan di atas kepala bagi orang-orang miskin waktu tu. Read more…
Cuti Tahun Baru Cina lalu ANK turut merasai bahangnya. Dalam pada sibuk berkunjung ke rumah keluarga sempat juga mengikuti perkembangan dunia hiburan semasa. Selak punya selak ANK terperasan ada satu artikel menulis tentang berserban di kalangan artis masa kini. Dalam akhbar tersebut ada menyentuh soal serban yang dipakai oleh artis adakalanya tidak bertepatan dengan apa yang dituntut. Read more…


